nuffnang

Wednesday, 17 September 2014

Tips Terhebat Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya (Part 1)

Assalammualaikum Dearies :)


Ainur kongsikan kepada semua bagaimana kita nak kekalkan motivasi dalam diri anda yang kita boleh amalkan setiap hari.

Motivasi adalah salah satu resepi untuk berjaya, kunci kejayaan, matlamat dan impian semua orang. Ramai antara kita hanya tulis sahaja impian, kemudian bersemangat kejap untuk beberapa hari dan beberapa jam kemudian hilang motivasi, terus lupa apa yang nak buat untuk ccapai impian itu.

Jika kalian juga merasa perkara yang sama, jangan risau... Jom semak 10 cara terhebat memotivasikan diri sendiri seperti di bawah.

Kita sebagai manusia memang dah menjadi lumrah, satu ketika rasa sangat termotivasi dan terus buat perubahan secara mendadak. Ada ketika juga, kita lemau, tak termotivasi langsung  dan tak nak buat apa-apa. Ia memang perkara normal dan biasa. Semua orang  rasa benda yang sama.

Satu-satunya perbezaan di antara orang biasa dan orang yang luar biasa adalah dari segi motivasi orang luar biasa tahu bagaimana nak uruskan kemahuan diri sendiri dan bagaimana lebih kerap termotivasi berbanding orang biasa-biasa. Berikut adalah 10 cara terhebat yang boleh kalian cuba :)








1) Vision Board Anda

Adakah anda ada Vision Board? Vision Board adalah satu jenis koleksi gambar tentang apa-apa perkara yang anda nak capai dalam hidup kita. Apa-apa jee. Gambar itu ditampal pada dinding atau dalam journal kecemerlangan anda supaya anda boleh tengok ia dan visualisasi / bayangkan setiap hari. Minda kita merakamnya dalam gambar dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.

Contoh, jika salah satu impian  adalah nak ada banglo tepi pantai, carilah gambarnya dalam majalah atau mana-mana sumber dan gunting . Tampal pada Vision Board anda. Biasakan diri untuk tengok  Vision Board dan visualisasi / bayangkan  anda dah capainya setiap hari.

Teknik ini sangat berkesan kerana ia membantu untuk cipta keinginan kepada apa yang kita nak capai dalam minda melalui penggunaan minda. Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih tinggi peluang anda capai impian itu.

Dengan membayangkan  anda memandu kereta idaman anda dan tinggal dalam rumah idaman, anda akan terus rasa termotivasi serta-merta. Bukan setakat gambar kereta dan rumah, anda boleh masukkan apa-apa gambar lain seperti destinasi impian untuk dilawat. Cubalah apa-apa pun dengan kreativiti masing-masing.




2) Tulis Impian Anda SETIAP HARI

Jika nak berjaya, kena apply cara tulis target. Ramai dah tahu macamana nak tulis target, dan dah ada target pun. Tetapi terdapat satu cara paling menarik yang boleh buat anda sentiasa termotivasi.

Apa yang anda boleh buat adalah tulis target anda setiap hari pada waktu pagi sebelum buat apa-apa. Hanya ambil buku nota kecil dan lakukannya setiap hari. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini. Kenapa kena tulis setiap hari? Apabila anda tulis setiap hari, anda sebenarnya mengingatkan diri sendiri apa yang yang perlu anda capai dalam hidup setiap hari.

Anda telah mengambil angkah pertama untuk tekad nak juga capai target anda bila anda tulis di atas kertas. Jika anda bangun tidur terus tulis target yang nak capai dan terus fikir bagaimana nak capai, boleh bayangkan tak betapa hebat kesannya nanti?




3) Gunakan Sistem Hadiah

Gunakan hadiah untuk motivasi diri anda. Sama macam konsep naik gaji boleh motivate pekerja, begitu juga sistem hadiah untuk diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda boleh capai sesuatu dalam target untuk hari ini, anda boleh hadiahkan diri anda dengan tengok wayang, main game, keluar dengan kawan dan lain-lain lagi.

Bila gunakan strategi ini, anda dah set dalam minda bahawa ada hadiah menanti jika anda capai target. Macam-macam cara anda boleh reward diri sendiri, ikutlah kreativiti sendiri. Tak semestinya kena berbelanja besar, tetapi buatlah sesuatu yang menyenangkan dalam kemampuan anda sendiri selagi ia boleh bagi motivasi untuk anda.




4) Kisah Inspirasi Orang Lain

Ia adalah cara effektif dan sangat terbukti untuk memotivasikan diri sendiri. Bacalah cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya. Sebab itu membaca adalah penting kerana bila anda membaca cara mereka atasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri selepas jerih perih itu, anda akan secara tidak langsung termotivasi.

Jika anda tidak suka membaca, anda boleh cari video. Boleh cari videa temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan. Anda boleh temuramah orang-orang berjaya dalam industri anda dikalangan kawan-kawan dan orang terdekat. Selidik cara mereka mencapai kejayaan dan anda juga dapat capai seperti mereka.




5) Fokus Dengan Apa Yang Anda Fikirkan

Apa yang anda sentiasa fikirkan sepanjang masa? Minda kita adalah alat paling kuasa yang boleh digunakan untuk capai apa sahaja yang kita nak dalam hidup. Ia bergantung bagaimana anda gunakan ia. Jika anda fikir pasal benda  positif, benda positif akan datang kepada anda. Sebaliknya, jika anda fikir susahnya dan anda yang teruk, minda anda akan cari jalan nak buktikan benarkah anda bernasib malang?

Jadi, bagaimana anda guna minda untuk kekal termotivasi?

Jawapannya mudah! Tapi mungkin susah nak apply  pada peringkat awal sebab anda tak terbiasa lagi. Apa yang perlu anda buat adalah fikir apa hasil yang anda nak dapat. Bayangkan pandu kereta idaman, melancong tempat impian, jadi kaya, hidup dalam rumah besar yang diidam-idamkan.

Yang memberi motivasi adalah HASIL apa yang kita nak, bukan proses mendapatkannya. Jadi, anda perlu kerap berangan dan membayangkan pencapaian yang anda nak. Fikir tentang ayat-ayat membina yang memberi semangat, anda akan jadi termotivasi. Ingat ya, minda kita yang jadikan hidup kita seperti yang kita nak. Kita mesti sentias ada target dalam minda dan bersikap positif sepanjang masa.




Your Shaklee Independent Distributor
AINURFARAHIN / zainurfarahin@yahoo.com
Whatsapp : +60177834189
We Chat ID : Aieyn_Zainal
Instagram : @shakleebyaieyn
FB : AinurFarahinZainal

No comments:

Post a Comment