Assalammualaikum Dearies :)
Kita ada impian, kadang-kadang impian kita tak tinggi mana pun, tapi kita jee yang malas. Malas nak belajar, malas nak update blog, malas nak cuba benda baru. Kadang-kadang pula kita takut. Takut nak cuba benda baru. Takut nak letak impian, nanti tak capai kita yang rasa frust. Betul tak?
Takut dan malas biasa terjadi kepada diri kita sendiri. Siapa yang ikutkan 2 benda negatif ni, tak ada apa pun yang kita boleh capai, nak berjaya apatah lagi. Orang tak suka, orang tak nak ambil bekerja dan pelbagai halangan serta benda tak best kita akan dapat. Kita sendiri tak suka orang malas dan takut tak bertempat ni kan?
Macamana nak lead atau ajak diri sendiri untuk bermotivasi, kurang rasa malas dan takut?
Banyak caranya. Salah satu yang Ainur nak kongsikan dan rasa berkesan kepada diri sendiri adalah dengan BERI GANJARAN.
Macamana tu?
Konsep dia sama macam kita bekerja. Kalau kita bekerja akan dapat duit. Kaau tak kerja, satu benda pun tak dapat. Kita apply benda ni dekat diri kita sendiri. Di sini Ainur senaraikan langkah-langkah yang kalian boleh cuba sendiri
1) Setkan apa yang kita nak capai
"Saya nak siapkan nota suppliment hari ni"
2) Setkan masa yang kita nak capai
"Nota suppliment akan siap jam 4.00 petang ini"
3) Sediakan ganjaran untuk diri sendiri jika dapat siapkan pada waktunya. Ganjaran adalah subjektif, berbeza mengikut kesukaan masing-masing. Tak perlu mahal pun, sekadar termampu
"Saya boleh makan Cendol hari ni"
4) Take action ---> Siapkan apa yang kita nak capai PADA WAKTUnya.
5) Jangan manjakan diri. Be firm!!
"Takpelah aku tak siapkan pun, esok boleh buat lagi" <------ NO NO NO!
6) Jika dapat capai, Silalah berikan ganjaran. Dont lie to yourself. WAJIB beri dan nikmati ganjaran anda sepenuh hati.
"Yeayyy, dapat makan Cendol my feveret".
Kita bukan sahaja dapat GANJARAN yang kita setkan, malahan lebih penting lagi, kita mampu siapkan tugasan yang biasanya kita suka tangguh. Seronokkan?
Tak percaya? Cubalah. Kalian pasti nak cuba lagi.
*Ainur suka belanja diri sendiri makan Abc + Tempe Goreng cicah sambal kicap. Sedap! HIHI :)
Simple tips but great impact!
ReplyDeletewww.bidadarigojes.blogspot.com
thanks bidadari gojes! :)
ReplyDeleteokey. i follow you.