nuffnang

Thursday, 18 September 2014

25 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit, Rambut dan Badan

Assalammualaikum Dearies :)

Vitamin C salah satu Vitamin kegemaran Ainur lebih kurang setahun yang lepas iaitu selepas register Shaklee, Ainur terus ambil Vitamin C as my 1st suppliment sehingga sekarang. Alhamdulillah banyak perubahan yang berlaku sepanjang hampir setahun Ainur consume Vitamin C ni. Kulit bertambah-tambah cantik dan gebu :)





Vitamin C juga merupakan vitamin yang paling popular di kalangan vitamin lain. Badan kita guna banyak Vitamin C bermula dari hujung rambut sehingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan memperbaiki sel.

Jom kita semak 25 kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut :



1) Imunisasi / Daya Tahan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada pesakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protien penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang dimakan boleh bantu cepat baiki luka, ia juga boeh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.



2) Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.



3) Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.




4) Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh  merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan  tekanan darah tinggi.



5) Saluiran Darah

Vitamin C memastikan  saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.



6) Keracunan Plumbum

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak. Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa  pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.



7) Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yang ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.




8) Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.



9) Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin V boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.



10) Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon / usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik.Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.



11) Tenaga

Vitamin C mengimbangi sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.




12) Sakit Jantung

Vitamin C menghaang terkena sakit jantung dengan menghalang  radikal bebas dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh  diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkan sakit jantung dan strok.



13) Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleng menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.



14) Asma

Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan pengambilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.



Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit





15) Perlindungan dari Matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemuran pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.



16) Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponan hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona kulit pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan  dan tanda penuaan.




17) Penyembuhan Luka

Badan yang menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.



18) Melindungi dari Perubahan Warna Kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine Dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma (masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalahjeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.



19) Memperbaiki Tekstur Kulit

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.




Kebaikan Vitamin C untuk Rambut




20) Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia  adalah tanda tidak sihat pada rambut.

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa  untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan menganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut yang mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.



21) Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tubuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-citi anti-viral.



22) Mengurangkan Keguguran Rambut

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kalenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.





23) Rambut yang Lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.



24) Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien  penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.



25) Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut

Vitamin C SR Shaklee



Di Shaklee, Vitamin C sebagai Sustained Release Vitamin C. Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewanya yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 hingga 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume Vitamin C dinasihatkan minum air masak secukupnya sekurang-kurang 2 hingga 3 liter air sehari.








Your Shaklee Independent Distributor
AINUR FARAHIN / zainurfarahin@yahoo.com
Whatsapp : +60177834189
WeChat ID : Aieyn_Zainal
Instagram : @shakleebyaieyn
FB : AinurFarahin Zainal


Wednesday, 17 September 2014

Tips Terhebat Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya (Part 1)

Assalammualaikum Dearies :)


Ainur kongsikan kepada semua bagaimana kita nak kekalkan motivasi dalam diri anda yang kita boleh amalkan setiap hari.

Motivasi adalah salah satu resepi untuk berjaya, kunci kejayaan, matlamat dan impian semua orang. Ramai antara kita hanya tulis sahaja impian, kemudian bersemangat kejap untuk beberapa hari dan beberapa jam kemudian hilang motivasi, terus lupa apa yang nak buat untuk ccapai impian itu.

Jika kalian juga merasa perkara yang sama, jangan risau... Jom semak 10 cara terhebat memotivasikan diri sendiri seperti di bawah.

Kita sebagai manusia memang dah menjadi lumrah, satu ketika rasa sangat termotivasi dan terus buat perubahan secara mendadak. Ada ketika juga, kita lemau, tak termotivasi langsung  dan tak nak buat apa-apa. Ia memang perkara normal dan biasa. Semua orang  rasa benda yang sama.

Satu-satunya perbezaan di antara orang biasa dan orang yang luar biasa adalah dari segi motivasi orang luar biasa tahu bagaimana nak uruskan kemahuan diri sendiri dan bagaimana lebih kerap termotivasi berbanding orang biasa-biasa. Berikut adalah 10 cara terhebat yang boleh kalian cuba :)








1) Vision Board Anda

Adakah anda ada Vision Board? Vision Board adalah satu jenis koleksi gambar tentang apa-apa perkara yang anda nak capai dalam hidup kita. Apa-apa jee. Gambar itu ditampal pada dinding atau dalam journal kecemerlangan anda supaya anda boleh tengok ia dan visualisasi / bayangkan setiap hari. Minda kita merakamnya dalam gambar dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.

Contoh, jika salah satu impian  adalah nak ada banglo tepi pantai, carilah gambarnya dalam majalah atau mana-mana sumber dan gunting . Tampal pada Vision Board anda. Biasakan diri untuk tengok  Vision Board dan visualisasi / bayangkan  anda dah capainya setiap hari.

Teknik ini sangat berkesan kerana ia membantu untuk cipta keinginan kepada apa yang kita nak capai dalam minda melalui penggunaan minda. Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih tinggi peluang anda capai impian itu.

Dengan membayangkan  anda memandu kereta idaman anda dan tinggal dalam rumah idaman, anda akan terus rasa termotivasi serta-merta. Bukan setakat gambar kereta dan rumah, anda boleh masukkan apa-apa gambar lain seperti destinasi impian untuk dilawat. Cubalah apa-apa pun dengan kreativiti masing-masing.




2) Tulis Impian Anda SETIAP HARI

Jika nak berjaya, kena apply cara tulis target. Ramai dah tahu macamana nak tulis target, dan dah ada target pun. Tetapi terdapat satu cara paling menarik yang boleh buat anda sentiasa termotivasi.

Apa yang anda boleh buat adalah tulis target anda setiap hari pada waktu pagi sebelum buat apa-apa. Hanya ambil buku nota kecil dan lakukannya setiap hari. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini. Kenapa kena tulis setiap hari? Apabila anda tulis setiap hari, anda sebenarnya mengingatkan diri sendiri apa yang yang perlu anda capai dalam hidup setiap hari.

Anda telah mengambil angkah pertama untuk tekad nak juga capai target anda bila anda tulis di atas kertas. Jika anda bangun tidur terus tulis target yang nak capai dan terus fikir bagaimana nak capai, boleh bayangkan tak betapa hebat kesannya nanti?




3) Gunakan Sistem Hadiah

Gunakan hadiah untuk motivasi diri anda. Sama macam konsep naik gaji boleh motivate pekerja, begitu juga sistem hadiah untuk diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda boleh capai sesuatu dalam target untuk hari ini, anda boleh hadiahkan diri anda dengan tengok wayang, main game, keluar dengan kawan dan lain-lain lagi.

Bila gunakan strategi ini, anda dah set dalam minda bahawa ada hadiah menanti jika anda capai target. Macam-macam cara anda boleh reward diri sendiri, ikutlah kreativiti sendiri. Tak semestinya kena berbelanja besar, tetapi buatlah sesuatu yang menyenangkan dalam kemampuan anda sendiri selagi ia boleh bagi motivasi untuk anda.




4) Kisah Inspirasi Orang Lain

Ia adalah cara effektif dan sangat terbukti untuk memotivasikan diri sendiri. Bacalah cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya. Sebab itu membaca adalah penting kerana bila anda membaca cara mereka atasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri selepas jerih perih itu, anda akan secara tidak langsung termotivasi.

Jika anda tidak suka membaca, anda boleh cari video. Boleh cari videa temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan. Anda boleh temuramah orang-orang berjaya dalam industri anda dikalangan kawan-kawan dan orang terdekat. Selidik cara mereka mencapai kejayaan dan anda juga dapat capai seperti mereka.




5) Fokus Dengan Apa Yang Anda Fikirkan

Apa yang anda sentiasa fikirkan sepanjang masa? Minda kita adalah alat paling kuasa yang boleh digunakan untuk capai apa sahaja yang kita nak dalam hidup. Ia bergantung bagaimana anda gunakan ia. Jika anda fikir pasal benda  positif, benda positif akan datang kepada anda. Sebaliknya, jika anda fikir susahnya dan anda yang teruk, minda anda akan cari jalan nak buktikan benarkah anda bernasib malang?

Jadi, bagaimana anda guna minda untuk kekal termotivasi?

Jawapannya mudah! Tapi mungkin susah nak apply  pada peringkat awal sebab anda tak terbiasa lagi. Apa yang perlu anda buat adalah fikir apa hasil yang anda nak dapat. Bayangkan pandu kereta idaman, melancong tempat impian, jadi kaya, hidup dalam rumah besar yang diidam-idamkan.

Yang memberi motivasi adalah HASIL apa yang kita nak, bukan proses mendapatkannya. Jadi, anda perlu kerap berangan dan membayangkan pencapaian yang anda nak. Fikir tentang ayat-ayat membina yang memberi semangat, anda akan jadi termotivasi. Ingat ya, minda kita yang jadikan hidup kita seperti yang kita nak. Kita mesti sentias ada target dalam minda dan bersikap positif sepanjang masa.




Your Shaklee Independent Distributor
AINURFARAHIN / zainurfarahin@yahoo.com
Whatsapp : +60177834189
We Chat ID : Aieyn_Zainal
Instagram : @shakleebyaieyn
FB : AinurFarahinZainal

Saturday, 13 September 2014

Tips Jadi Leader Untuk Diri Sendiri : Beri Ganjaran

Assalammualaikum Dearies :)

Kita ada impian, kadang-kadang impian kita tak tinggi mana pun, tapi kita jee yang malas. Malas nak belajar, malas nak update blog, malas nak cuba benda baru. Kadang-kadang pula kita takut. Takut nak cuba benda baru. Takut nak letak impian, nanti tak capai kita yang rasa frust. Betul tak?

Takut dan malas biasa terjadi kepada diri kita sendiri. Siapa yang ikutkan 2 benda negatif ni, tak ada apa pun yang kita boleh capai, nak berjaya apatah lagi. Orang tak suka, orang tak nak ambil bekerja dan pelbagai halangan serta benda tak best kita akan dapat. Kita sendiri tak suka orang malas dan takut tak bertempat ni kan?

Macamana nak lead atau ajak diri sendiri untuk bermotivasi, kurang rasa malas dan takut?

Banyak caranya. Salah satu yang Ainur nak kongsikan dan rasa berkesan kepada diri sendiri adalah dengan BERI GANJARAN.

Macamana tu?

Konsep dia sama macam kita bekerja. Kalau kita bekerja akan dapat duit. Kaau tak kerja, satu benda pun tak dapat. Kita apply benda ni dekat diri kita sendiri. Di sini Ainur senaraikan langkah-langkah yang kalian boleh cuba sendiri

1) Setkan apa yang kita nak capai
"Saya nak siapkan nota suppliment hari ni"

2) Setkan masa yang kita nak capai
"Nota suppliment akan siap jam 4.00 petang ini"

3) Sediakan ganjaran untuk diri sendiri jika dapat siapkan pada waktunya. Ganjaran adalah subjektif, berbeza mengikut kesukaan masing-masing. Tak perlu mahal pun, sekadar termampu
"Saya boleh makan Cendol hari ni"

4) Take action ---> Siapkan apa yang kita nak capai PADA WAKTUnya.

5) Jangan manjakan diri. Be firm!!
"Takpelah aku tak siapkan pun, esok boleh buat lagi" <------ NO NO NO!

6) Jika dapat capai, Silalah berikan ganjaran. Dont lie to yourself. WAJIB beri dan nikmati ganjaran anda sepenuh hati.
"Yeayyy, dapat makan Cendol my feveret".


Kita bukan sahaja dapat GANJARAN yang kita setkan, malahan lebih penting lagi, kita mampu siapkan tugasan yang biasanya kita suka tangguh. Seronokkan?

Tak percaya? Cubalah. Kalian pasti nak cuba lagi.

*Ainur suka belanja diri sendiri makan Abc + Tempe Goreng cicah sambal kicap. Sedap! HIHI :)


Monday, 25 August 2014

Alfalfa Complex by Shaklee : Membantu Membersihkan Usus

Assalammualaikum...

Ainur mula jatuh chinta dengan Alfalfa sejak beberapa bulan yang lalu selepas Ainur sendiri join Member Shaklee. Kenapa Ainur pilih Alfalfa Complex sebagai suppliment harian Ainur?  Dari dulu lagi Ainur sendiri mengalami masalah untuk ''membuang''. HIHI. Seminggu just 3x sehari dan TAK NORMAL okey untuk orang yang sihat. Sedangkan orang lain 7x sehari. Setelah ditimbang tara dan lihat sendiri kelebihan Alfalfa, memang WAJIB ni consume Alfalfa Complex. Antaranya, membantu melawaskan dan mengurangkan rasa tidak selesa semasa period. Dan terbukti memang berkesan mengamalkan Alfalfa ni, selepas consume, hari-hari Ainur membuang dengan mudah. Alhamdulillah selesai masalah berkaitan membuang.


Antara kelebihan Alfalfa Complex yang terdapat dalam 1 tablet.

Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an.

Alfalfa Complex Shaklee diperbuat daripada  tanaman Alfalfa (Mediucago sativa) secara organik di Califonia yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai ''Raja Segala Tumbuhan''. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan Alfalfa.

Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak iaitu daun Alfalfa yang telah kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengelakkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting akan dilupuskan.

Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhannya proses ini dijalankan  di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketad dan teliti. Setiap tablet Alfalfa Shaklee mengandungi 300mg.



Kelebihan dan Kebaikkan Alfalfa Complex yang utama :

* Mencuci hati, darah dan usus - Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

* Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan

* Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit

* Menyingkirkan lemak dan kolestrol - Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang  daripada Alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

* Melawan tumor - Memakan 30 - 50 tablet untuk mengalkali badan dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor

* Melegakan keletihan -  Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit

* Mencegah / merawat Atritis - Melegakan sakit atritis dan kesakitan

Lain-Lain Kelebihan Alfalfa Complex Shaklee

~ Melegakan  sakit-sakit sendi dan belakang
~ Mengurangkan masalah resdung dan enzema
~ Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan
~ Memberi kelegaan semasa period
~ Membantu merawat arthiris
~ Membantu merawat athma
~ Mencuci usus bagi membuang toksik
~ Membantu membuang angin dalam badan
~ Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
~ Meneutralkan asid dalam badan
~ Membantu masalahkeputihan dalam badan
~ Membesar dan menegangkan payudara
~ Bertindak sebagai kacip fatimah kepada para isteri
~ Memulihkan urat selepas bersalin
~ Sebagai milk booster
~ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
~ Meningkatkan stamina lelaki
~ Membantu melegakan masalah sembelit

Antara Set-set produk Shaklee yang digabungkan dengan Alfalfa Complex :

1) Set Slimming

2) Set Kesuburan

3) Set Menyusu

4) Set Resdung

5) Set Bersalin

For orders and inquiries, boleh contact Ainur terus okey :)

Your Shaklee Independent Distributor
AINUR FARAHIN / zainurfarahin@yahoo.com
Whatsapp : 0177834189
We Chat ID : Aieyn_Zainal
Instagram : shakleebyaieyn
Facebook : Ainur Farahin Zainal

Thursday, 14 August 2014

Senggugut : Pengalaman Sendiri dan Tips Kurangkan Sakit

Assalammualaikum..



Hye! Hari ni Ainur nak share pengalaman mengalami sakit perempuan a.k.a Senggugut. Entri hari ni more to keperempuanan. Untuk orang lelaki boleh kalau nak baca untuk tambah pengetahuan umum mengenai bahaya Senggugut demi kakak, adik-adik, ibu dan isteri ya :)

Mostly Ainur bukan Pakar Sakit Puan mengenai gejala senggugut ni. Ada yang Ainur dengar bagus untuk masa hadapan dan tak kurang juga tak elok untuk masa hadapan, sebab banyak sangat persepsi mengenai senggugut ni.

Pengalaman Ainur sendiri dengan senggugut ni memang benar. MC ambil setiap bulan. Lagi masa form 5 dulu. Naik jemu dah cikgu yang hantar Ainur ke klinik. Paling malu bila MA dekat klinik kesihatan tu Melayu. Aiyakkk! Sejujurnya memang sangat-sangat sakit senggugut ni tau! Biasa timing paling sakit masa 1st day period. Satu kerja pun tak boleh buat. Biasanya Ainur banyak habiskan masa dengan tidur untuk kurangkan rasa sakit ni lah.


Ini merupakan zone PMS / Senggugut

Selain tidur untuk mengurangkan rasa sakit, Ainur juga pernah ambil jalan mudah dengan consume panadol menstrual tu. Melambak dijual dekat kedai. Setiap orang lain ragamnya, bukan sama. Tahun 2010, Ainur pernah kena yang paling dasyat, muntah-muntah dan cirit birit. Kebetulan time tu, my birthday. Ahhh! Until now ingat lagi. Pekana 1 biji, Insya Allah sekejap sahaja sakit tu beransur hilang. Tapi, ada seorang kawan tu TAK GALAKKAN Ainur consume terlalu kerap. Katanya ''nanti kau boleh mandul'' sebab effect penggunaan panadol pink tu.


Dengan consume pil ini lah senggugut tu boleh kurang dan hilang. Magik!

Ada juga yang kaitkan senggugut penyebab kepada cyct (ketumbuhan). Pernah juga terbaca satu ketika dahulu. Takut juga sebab nampak sangat scary sebab berkaitan dengan kehamilan. So dekat sini Ainur share sedikit info yang Ainur dok Google. Hehehe. Dari senggugut kepada Endomestriosis dan Ainur sertakan bersama gambarnya sekali.



Boleh nampak darah kotor yang coklat kehitam-hitaman yang terkandung dalam endometriotic cyst di dalam ovary (warna putih)


Ini merupakan rahim yang dibelah dan kelihatan dinding rahim menjadi sangat tebal akibat adenomyosis

Ya Allah minta sangat dijauhkan daripada macam ni. Mencegah lebih baik dari mengubati :)

Antara petua orang dahulu :

- minum teh pahit tanpa gula
- letakkan air panas dalam botol dan balut menggunakan tuala nipis. Tuamkan pada bahagian yang sakit (ini memang Ainur amalkan)
- minum air halia
- tidur (selesai masalah)

Sekarang tidak lagi! Meyh Ainur share petua moden dengan Suppliment Shaklee


Inilah rahsia Ainur. Alhamdulillah senggugut yang dahulunya sangat menyakitkan sekarang tidak lagi. GLA COMPLEX sepenuhnya telah membantu Ainur. So Ainur suggestkan sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan senggugut, try this product. Tiada kesan sampingan. Malahan kulit muka bertambah-tambah cantik selepas consume GLA COMPLEX secara konsisten. Insya Allah :)


For orders and inquiries, boleh contact Ainur terus okey :)

Your Shaklee Independent Distributor
AINUR FARAHIN  / zainurfarahin@yahoo.com
Whatsapp : 0177834189
We Chat ID : Aieyn_Zainal
Instagram : shakleebyaieyn
Facebook : Ainur Farahin Zainal




Wednesday, 13 August 2014

ATASI MASALAH SENGGUGUT SECARA SEMULAJADI~

VITAMIN SHAKLEE ATASI SAKIT SENGGUGUT SECARA SEMULAJADI


SENGGUGUT?

- Ramai wanita mengalaminya setiap bulan dan ini sangat-sangat mengganggu rutin seharian mereka. Ada yang sampai tak pergi kerja, ambil MC, ada juga yang  sampai pengsan dan tak kurang juga yang menelan panadol bagi menahan kesakitan.

Maksud perkataan senggugut adalah : menstrual cramps

Kekejangan / senggugut ini berlaku ketika datangnya haid dan berlaku sekitar bahagian bawah abdoman tubuh, Ada wanita yang mengalami senggugut yang teruk sehingga berguling-guling atas katil. Kesiankan?


Antara simptom-simptom PMS ini adalah :

* Sakit pinggang
* Tegang di perut dan ari-ari
* Sakit kepala
* Rasa loya dan nak muntah
* Sakit belakang
* Dan lain-lain

Senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa nyilu apabila darah kotor keluar.


CARA MENGATASI SENGGUGUT TANPA UBAT

Cara lain adalah dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama dari segi pemakanan

~ Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak PROTIEN dan tinggi kandungan SERATNYA. Antaranya memakan sayur-sayuran, kekacang,ikan salmon, ikan sardin dan parsli.

~ Kurangkan garam

~ Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minuman jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum tarikh period datang.

~ Ambil vitamin tambahan. Ambil vitamin B dan vitamin E. Anda juga perlu menambah Magnesium dan Kalsium dalam diet anda. Beritahu doktor anda sebelum  mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan anda yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.

~Bagaimana dengan lemak yang kualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan sakit dismenorea.

~ Berhenti merokok

~ Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menegangkan urat saraf.

~ Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala diatas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga reda.

~ Tarik nafas dalam-dalam. Baring  dan tenangkan diri anda. Jika anda pening, padam lampu  di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurangan selepas anda mengambil pil penahan sakit.



Info daripada Period Pain Relief

Calcium supplements and other mineral dan vitamin suppliments can also help you get rid of period pain. Calsium helps in maintaining the muscle tone in the body preventing you from getting painful cramps. Magnesium helps in improving the body's capacity for calsium absorption. You end up loosing less calcium from the body and hence reduce your muscle cramps. 


CADANGAN VITAMIN SHAKLEE UNTUK MENGATASI MASALAH SENGUGUT

GLA Complex dan  Ostematrix


          B Complex

1) GLA COMPLEX SHAKLEE - dapat mengimbangi  tahap hormon dan membantu mengawal penghasilan prostaglandin. GLA juga merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma lilolenik (GLA), asid lilolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan

Baiasanya, asid gamma lilolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putus haid.


Manfaat utama GLA COMPLEX :

- Dapat menurunkan kadar kolestrol dalam badan

- Membantu meningkatkan lendir serviks yang berkualiti untuk membantu kesuburan di mana lendir kesuburan ini hanya dihasilkan sebulan sekali. Lendir ini membantu sperma bergerak ke arah tiub folopio dan berada di situ selama 5 hari. Jadi, jika tidak kena pada waktu subur masih ada harapan hamil kerana sperma boleh sampai sehingga 5 hari ^___^

- GLA COMPLEX mengandungi ''PROSTAGLANDIN'' membantu hormon penting untuk fungsi kimia badan bagi mengawal stress, tekanan darah, sakit otot, dan menghalang rembesan gastrik, anti keradangan dan anti beku darah.

- BONUS! GLA COMPLEX juga membuatkan wajah anda berser-seri! Tak lupa juga untuk mereka yang nak menghilangkan JERAWAT dan JERAGAT juga!

2) OSTEMATRIX SHAKLEE - Melegakan kekejangan, sakit belakang dan gementar.

Kalsium yang diperkaya dengan VITAMIN D yang mana ia merangsang penyerapan kalsium dengan lebih efisyen

Magnesium - membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang

Boron -  membantu dalam metabolisme tulang

Zinc, Mangan, dan Tembaga - bagi mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot  dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima secara menyeluruh.

Lebih daripada sekadar Kalsium
* Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi Magnesium, Vitamin D, dan Mineral Zink, Tembaga dan Manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Tablet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.


3) B COMPLEX - Melegakan stress / ketegangan ketika haid, mengurangkan rasa sakit dan mengawal emosi

Vitamin B penting untuk kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, Vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang lengkap dan seimbang

B complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

- B1, B2, B3, B6, Biotin dan Asid pantotenik membantu badan menukarkan protien, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.

- Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.



For orders and inquiries, boleh contact Ainur terus okey :)

Your Shaklee Independent Distributor
AINUR FARAHIN / zainurfarahin@yahoo.com
Whatsapp : 0177834189
We chat ID : Aieyn_Zainal
Instagram : shakleebyaieyn
Facebook : Ainur Farahin Zainal


Tuesday, 12 August 2014

GLA SHAKLEE

KELEBIHAN GLA SHAKLEE


GLA SHAKLEE

* Mengurangkan symptom biasa seperti gatal, bengkak, mengelupas, kekeringan dan symptom sakit sendi
* Berkesan untuk mereka yang mengalami kemurungan, kesakitan payudara, dan masalah berkaitan PMS
* Mengimbangi hormon insulin dan menurunkan paras kolestrol



Faedah dan Kebaikan GLA SHAKLEE

- Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
- Meningkatkan kesuburan  / sukar hamil
- Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
- Membantu dalam menangani menopause
- Menguatkan kuku dan rambut
- Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
- Membantu menangani ekzema
- Melagakan  symptom akibat Rhematoid Artritis
- Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
- Menguatkan immuniti badan
- Mengurangkan ''blood clot'' yang menyebabkan serangan jantung
- Mengawal kencing manis
- Mengawal kolestrol
- Bagus untuk saraf
- Mengawal masalah prostat (lelaki)


Perbezaan Shaklee

Kebanyakan GLA (lilolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO),manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dan EPO.

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.

Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan


Setiap kapsul mengandungi lebih  300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6.

Ianya digabungkan dengan minyak Sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh Shaklee Guard, antioksidan semulajadi yang dipatenkan

Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengandun ke dalam sel dan tisu.



Manfaat Utama

~ Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba  kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

~ Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air, dan sakit payudara.

~ Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

~ Memperbaiki inflamasi kulit - ianya mengurangkan inflamasi kulit, enzema, alergic, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rhuematisma, artritis.

~ Menghalang Komplikasi diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

~ Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk berat cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.

~  Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infaction.

~ Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

~ Hipeaktif dan Autisma (ADD/ADHD) - Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.



GLA Shaklee Bukan Sahaja Untuk Wanita

Ramai orang tersalah anggap bahawa GLA hanyalah untuk wanita.

Sebenarnya, suppliment GLA asid lilolenic yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan.

Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel embut dan campurkan pada makanan), remaja, dewasa dan juga selepas memopaus dan andropause (menopaus lelaki)

For orders and inquiries, boleh contact Ainur terus okey :)



Your Shaklee Independent Distributor
AINUR FARAHIN / zainurfarahin@yahoo.com
Whatsapp : 0177834189
WeChat ID : Aieyn_Zainal
Instagram : @shakleebyaieyn
FB : AinurFarahinZainal